Saturday, July 18, 2009

orang2 Bujang....


so...... orang2 bujang....
bila sebut org2 bujang perkara pertama yg orang terfikir de la rumah yang tungganglanggang mengalahkan kapal karam, makanan ruji bukan nasik tapi megi ( apa2 brand pn xpe yang xder brand pn rembat je asal blh mkn). tapi aku dan huney bkn orng bujang yng common.. hahahhaha kami berjaya menukar stereotaip org2 bujang semalaysia..
hari ni bgn pagi rasa lapo.. aku ckp ngn hunney tingin nk mkn roti canai rr. tapi nk membelinya bukan main jauh lagi. nk kena g dpn kampus. mls rr. hunney ckp kita buat nasik goreng jelah. orait!!

so here the nasi goreng... SEDAP!!!!! kenyang gile... Burp!!! Alhamdulllilah. blhla thn smpai ptg karang. ptg ni nk g pasar mlm lak. beli brg2 dpur. so de sape2 yg nk g pasar malam tnjg malim x? nk tumpang... huhuhuhuhuh

smlm ptg bohsan duk umah... ada sahabat nk pnjm buku. awal2 pg lagi dah mesej nk pnjm novel. so sebaggai exchange ktorg mintk dia belikan eskrem.. eskrem coklat.. tq S.M. ooooo xleh mention name nnt kena gosip.. S.M x suka gosip.. hahahahhaha..... tq2. pasni leh mitk lagi la eh..















note:MR P dah blk singapore.. huhuuhu to MR P good luck. smlm nk wish tp x terluah.. thanx for always be there..

Monday, July 13, 2009

kebebasan Bersuara..

Kebebasan Bersuara.
YuP! apa jadi bila kita terlalu bebas bersuara? terlal bebas hinggakan kita lantang menyuarakan pendapat kita tanpa memikirkan perasaan dan hat org lain. bagi kita, kau dan aku, aku ada hak bersuara lantaklah org lain tu asalkan aku puas hati. benarkan begitu? merasa puas setelah menyakiti org lain.
bagaimana pula bila kita terlalu bebas bersuara dengan menggunakan medium yg benar spt blog tetapi tulisan dan nukilanya hanyalah untuk menyakiti yg lain? puas hatikah begitu? itu belum lagi bila kita kisahkan cerita org lain di blog kita sdgkan dia ada hak privasinya sendiri. wajarkah begitu?
Ya! WAJAR SEKALI!! bukankah kita ada hak untuk menulis, menyuarakan pendapat kita selantangnya. ini mulut aku aku punya suka la.. tapi pernahkh kita mengambil kira berapa bnyk hak2 org lain yang kita abaikan hnya untuk hak bersuara kita? hak privasi dia, hak peribadinya, hak maruahnya yang dgn lantangnya kita cantas, kita ragut di laman ini. wjarkah begitu? adilkah pada dia?

n3 ni bkn utuk siapa2 hanya utuk diri sendiri. peringatan untuk diri sendiri stp kali menekan papan kekunci. kita punya bnyk kekurgnya, hidupla dgn kekurgan itu, shuhada....
pernah terfikir kalau ada plhn mahukah kau plh jln hidup kau seperti skrg?

-----------JALAN----------------------
mgkn kau akn plh untuk jalan yang lain kerna hidup ni ada sesuatu yg kau sesali.
kau sesali kerana terlalu ramai yang kau sygi tapi terlalu ramai juga yg kau sakiti.
kalaulah semuanya boleh diubah apakah yang snggp kau korbankan? apa yang sggp kau pulangkan?

---------------KELIRU-------------------
benarkah penerimaan semula blh mengubah seseorg? benarkah masa blh mengubah seseorg menjadi dia yang kita mahukan?
bagaimana dgn kepercayaan? blhkan masa mengembalikan kepercayaan dan kejujuran?
bila terlalu bnyk persoalan, aku mula ditiup angin keliru dan rasa ragu2.
MR.P-- aku masih keliru.

Sunday, July 12, 2009

Memoir Seorang Guru....

Bismillahirrahmanirahim... Assalamualaikum..

tamat mengulit naskah Azizi Abdullah.. Memoir Seorang Guru. selesai membaca slps 3 hari..
buku ni aku beli thn lps di Pesta BUku PWTC. Tertarik dgn tajuknya. "memoir"--- Kenangan.

seorang Ustaz, bekas guru kerajaan pencen yang pernah mengajar di sekolah kerajaan yang kebykkannya terletak di pendalaman. dia punya anak gadis- Kamariah yang sedg menghitung hari untuk mhadiri temuduga guru. anehnya bapanya si ustaz tadi menghalang, membangkang permintaan dan keinginan anaknya si Kamariah untuk menjadi guru. Aneh! sebagai seorg bekas guru dan juga sbgi bapa harusnya dia menyokong cita-cita Kamariah yang terangan akan mewarisi kerjaya dan profession dia- guru.

knp? alasannya dia tidak mahu Kamariah hidup susah seperti dia. hidup dengn hasil wang gaji guru yg tidak berkat. Tidak Berkat? ya! tak berkat! dia sering merasa benci kepada pelajar2 nya. bertemu dgn Mat. anak pendalaman yg dtg kesekolah kerana disuruh Pak dan Maknya. bkn kerana dia ingin belajar. dia tidak ada cita2. ini yg menimbulkan kebencian Ustaz. fkr ustz kalau mat hlg, dunia x rugi apa2. kalau mat ada cuma menambahkn sampah shj. dahsatnya rasa benci guru kepada muridnya. bknkah seharusnya sayg kepad murid itu harus lebih besar dan lebih dahulu dtg dari benci? Ustaz bkn mahu jadi guru sebenarnya. dia cuma ingin kerja kerajaan. dengar2nya kerja kerajaan ini hebat. makan gaji, blh pakai kereta. malangnya Mat tak pnjg umur. dia mati atas ppokok pinang gara2 ingin mengambil anak pipit. nk dibela.

bertemu pula dengan Alias. Alias anak org miskin. kerana Alias Ustaz dapat parut di tgnnya. gara-gara digigit beruk alias. demi menyelamatkan gurunya alias nekad membunuh beruk yang membantu dia memanjat pokok kelapa tatkala dia dapat kerja panjat pokok kelapa. upahnya buat blnja rumah.

MIdun... murid lembap, mulutnya sumbing ckpnya sengau. disuruh membca tak mahu, disuruh mengeja bisu. bertambah benci ustaz pada dia. meski Midun buat baik ustaz tetap tidak memandangnya. alangkah bencinya ustaz pada Midun si mulut rabik. berkatkah ilmu yang diajar ustaz? berkat? tapi dia mengajar dengan benci.. dia mengajar dengan marah... dia mengajar tak ikhlas.... berkatkah?

Sakinah.. huh! kerna ego ustaz jadi salah faham. setiap hari meski sakinah di marah, di bentak dia tetap bljr dengan sungguh2. stp soalan tajwid dia pasti blh jawab. tapi knp ustaz membenci dia? mengaggap dia si sakinah itu sebal? oooooo sakinah itu juling. ustaz salah fhm. dia marah kerana bila dia jerit pada sakinah spy pndag papan hitam, sakinah pasti memndag keluar. ialah... mata dia kan juling. ustaz tahu akhirnya tp enggan mengaku silap.. ya! ego seorg guru... berkatkah ilmu diajar?

banyk lagi memoir ustaz spnjg 28thn dia mnjdi guru. usai membaca buku ini.. aku terfikir apakah aku bakal mendapat keberkatan menjadi guru? kdg2 masa yng sedikit yang aku curi untuk berehat sdgkan aku spttnya mngajar apakah masa itu berkat?
keberkatan.....

InsyaAllah....

NOTE: sedang membaca The Last Empress; Anchee Min.

Friday, July 10, 2009

Semester 7

errmmmmm lame x update blog ni.. mlas dah kot. wahahahha.. firstly thanx to raihah for the award but sorry dear i blm sempat nk amik award la ( the truth is i dunno how to grab the award) kakkakakak.... hopefully available smpai ble2 la erk...
so permulaan sem 7. n3 ni diadakn sbb ble aku bukak blog member2 satu u sume mesti stat blog ngn sem 7 so i pn nk jgk la buat n3 sem 7. apa ada ngn sem 7? BANYAKKKKKKK... masuk sem 7 dapat title baru.. "akak"- panggilan ble berjumpa ngn junior even junior sama umur pn still dia panggil aku akak... dulu mula2 jmpa sure aku tnya umur dulu... ble tau umur sama so please jgn tmbh title di depan nama aku yea... but recently... junior2 sem ni agak polite la.. berbudi bahasa xyah ckp la... mmg btul2 sokong kempen SITI " budi bahasa budaya kita'. knp aku ckp cmtu? sbb ble dorg nmpak aku dorg akan pndg kad matrik aku then senyumm. x kirala waktu aku ngh berjaln ke ngh buat aksi bebas mahupn ketika aku sdg mengayuh Mercedes merah aku tu dorang ttp melemparkn senyuman nan indah.. hinggakan aku ngn cu terasa malu nk kayuh basikal dlm kampus... so ble stat sem baru ni x pasal2 aku dpt penyakit baru "cyclingphobian"....... huhuhuhuhu. so i guess seniority more important than ur age. so ntuk adik2 junior.. study molekk2 k... kalu nk buku leh cntct AKAK yea...
bkn tu saja... dah nk hbs ngaji ni aku sering dihujani dgn soalan "cepulemas"... ble nk kawen? dah ada pakwe? kalau xder mak ada calon... wahahahhahahahah... knp mesti tnya soalan tu? apakah aku kena ada boipren di semester 7 baru leh grad? apakah aku kena ada boipren di semester 7 baru leh berkawen? wawawawawawa..... so sem ni ingt nk bllk every week but since mak asik ulang soalan sama.... ermmmm blk raya nnt jelah... huhuhhuhuh
dlam sem 7 ni gak kena wat tesis... so tesis itu adalah makanan ruji semester 7. ari2 kena sebut, kena buat, kena settlekan... yeler.... syarat wajib nk dapat skrol. penat blaja 4 thn alih2 sbb x buat tesis x dpat pakai gaun biru labuh ngn topi 4 segi ada rambu2 tu... rugi tau...

semalam kuar pengumuman PPSMI dimansuhkan. so in my opinion antara yg terjejas adalh cikgu-cikgi n anak2 murid mereka. kepala ni dah nk kena tukar setting baru lak. segala 'lingo-science' kena switch back to BM. back to basic.. isu ni timbul sbb ada sbhgn yang berpendapt penggunaan BI dlm pengajrn sains n math telah melimitasikan penggunaan BM sbb bhasa ilmu sekaligus menenggelamkan martabat BM sbg bahasa rasmi. bkn tu shj ia juga menghadkan pencapaian peljr luar bndar. secara peribadi bagi aku penggunaan BI dlm sains n math sbnrnya secara x lgsg menghadkan penggunaan BI itu sndr. ia tak mengembangkn vocabulary pelajar sbb istilah2 yg digunakan adalh istilah2 sains yang kebanyakknnya bkn istilah yg digunakan dlm perbualan sehari2. cnthnya we would not said this hot coffee lost it heat to surrounding and become cold because of termodynamics process. instead of saying that long-scientific-sentence we would rather said the short and much understandable verse that is the coffee become cold because we keep it under open surrounding, rite? huhuuhuh...
so ssh atau sng bg cikgu nk mengajar dlm BM atau BI bkn isunya... sbb cikgu di Malaysia adlh among the best educator in the whole globe... the issues is to keep student going with the sylllibus...

so teachers think about it...

NITE>>>>>>>>>>>

Monday, June 22, 2009

Darling....

rabu 17 june 2009 2pm
tarikh ini aku semat dlm2 hati aku,, tok tinggalkan aku juga. sehingga ke hari ni aku masih sukar menerima kenyataan yg tok dah meninggal. rasa baru semalam aku berbual2 dengan dia. kesuraman ada dimana2. di setiap pelusuk rumah ini masih diselubungi duka.
darling... itu panggilan aku pada dia. setiap kali aku melintasi kamar kelam itu seolah2 dia masih disana. berbaring minta untuk berbual. aku belum pernah khabarkan pada dia yang aku sayangkan dia. aku ingin sekali dia ada melihat perkahwinan aku. tapi Allah lebih sayngkan dia. hari itu kami melihat kebesaran kuasa Allah Yang Maha Agung. sesungguhnya janji-Nya yang satu itu pasti ditepati- maut dan ajal di tangan Dia.
hari ini dan hari2 seterusnya aku membawa sesuatu pada diri aku yang dia tinggalkan, panggilan manja aku yang dia berikan dan aku yakin seandainya tok masih ada dan sekiranya ditanya namaku dia pasti menjawab "hang combi!".
lemah kaki ini saat melihat dia dikapankan dan dikebumikan. serasa seakan yang tinggal cuma jasad aku, semangat aku hilang. hilang bersama dia.
aku sgt2 merindui dia, aku rindu berbual2 dengan dia. rindu mendengar omelan dia. rindu mendengar panggilan itu, rindu memanggil dia darling...
darling...tenanglah kau disana, yakinlah cinta aku masih untuk kamu...

Al-Fatihah...........

Thursday, June 4, 2009

senyuman...

terima panggilan dari sahabat. sampai sekarg senyuman masih ada di bibir. panggilan dari Johor, baru trn dari Singapura. rindu dengan dia. ada satu permintaan dari dia yg sengaja aku enggan tunaikan. hehheheh... jual mahal. kakakakkaka... panggilan itu membahagiakan aku..
untuk kamu.... jaga diri.....

Monday, June 1, 2009

kemalangan

sabtu 23 may- satu kemalangan kecil telah berlaku di hadapan pasar segar taman putra ampang. kemalangan membabitkan satu proton iswara dan kenderaan mewahmercedes C-Class. dilaporkan bahawa kemalangan terjadi akibat kecuaian kedua-dua pemandu. pemandu Proton Iswara berkenaan adalah seorg gadis berusia 22 thn, rakyat Malaysia. menurut mangsa ("menurut kata beliau dia adalah mangsa dalm kejadian ini") pemilik kenderaan Mercedes berwarna hijau berkenaan telah memarkir kereta beliau begitu hampir dengan proton iswaranya. kejadian berlaku ketika mangsa sedang leka memilih sepeket santan. ketika mangsa cuba mengeluarkan kenderaannya untuk pulng ke rumah, dengan yakinnya mangsa telah "menggores" Mercedes hijau berkenaan. kejadian telah mengakibatkan Proton iswara berkenaan mengalami kerosakan dari pintu penumpang hdapn hingga ke pintu penumpang blkg. Dek kerana rasa bertngggjawab, mangsa telah turun dari keretanya dan bertnya satu soalan kepada pemilik Mercedes berkenaan. "ermmmm Pakcik saya minta maaf yea. (budi bhasa budaya kita) saya x sengaja langgar keta pakcik. pakcik ada apa2 tuntutan x?", blas pakcik berkenaan " Ala.. skit je, xyahlah... dah2 g balik, nnt x masak la gulai ko tu"... dimaklumkan, berkat tolak ansur kedua-dua pihak, kejadian ini selesai begitu shj.
annurhuda

komen: keta pakcik tu rosak skit je, sedangkan iswara bapak aku rosak bukan main lagi. so, len kali kalau anda melanggar kereta yg lebih mewah dari kereta anda jgn pandai2 tnya nk byar ke x eh, bkn pe, tkt x ckp duit nk bayar je. x ke naya. kot blh claim insurance pn hbs buat beli spare part keta dia je. pe2 pn, bkn aku yg salah, pakcik tu yg salah, sape suh parking rapat2 ngn keta aku. dahlah keta panjng gile. tensen aku. kalu ikutkan aku yg ptt buat tuntutan tau. tuntutan kemalangan dan tuntutan trauma, hukhukhuk...