Friday, May 15, 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

GURU MALAYSIA


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

sempena dengan sambutan hari guru 2009 yang disambut pada 16 mei ini, entry ini hanyalah berkenaan dengan hari guru semata-mata. eheh

ok. berbalik pada lirik lagu di atas, first time dengar lagu ini waktu mula2 masuk ke UPSI, mgu orientasi. huhuu.. dat time nyanyi jelah. jiwa dan rohani lagu tu belum lagi meresap dalam kalbu. tapi sekarang bile dengar blk lagu ni, rasa lain. rasa lain. entah. huhuuh..

so, pernah terfikir tak kenapa 16 mei dipilh sebagai tarikh sambutan hari guru? actually pada tarikh 16 mei 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (report Of Education Committe) sebagai dasar pelajaran negara Malaysia.
Dokumen Tersbt yg dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi dasar pelajaran kebangsaan semenjak itu.
(Sumber dipetik drpd Laman web rasmi hari guru 2006)
suppose n3 di "post" pada 16 mei ritu but as u can c terlmbt post. sbb internet kat umah jarang2 ada. hukhuk.
i still remember my sis question. she had asked me, long2 time ago, as i can remember she asked it when i was in my first semester, she wondering why i choosed to be a teacher instead of being a pilot? hahakhahak.. i'm speachless... but now if she ask me the same question again, i can proudly stand and answer it "dear dear my little sweet sis, well instead of being the pilot why dont me make more pilots, right?

people said teachers like candle. get burn to give light for others. but dare u to burn ur self for them? dare u give it all for them without asking for returns? dare you, teachers?

it's not picking a right word at a time but saying it right at a right time. and the most important ask it at the right person. ;-P

Sunday, May 3, 2009

pencarian tamat

crdted to KILI's BLOG. (THANX)


mikhail..

mana mikhail?
mana dia?
tidak aku lihat dia di sini.
disana pun dia tidak diam.
mungkin disitu adanya dia.
AHH
tidak.. dia tidak panggung disitu.

mungkin bukan hari ini pertemuan aku dengan Mikhail.
melereti sorotan mata ini dari satu para ke satu para..
membca bait-bait tulisan di tulangan kitab-kitab itu kalau2 mikhail ada diantaranya..
masih tidak ada di para atas, di para bawah mahupun dimana2 para sekalipun.

kecewa mulai bersarang dalam hati.
sesalan mula membukit di benak rasa..
perjalanan kesini benar-benar memenatkan..
berjalan berpayungkan langit bersuluhkan matahari bermandikan peluh..
apa memang takdirnya Mikhail bukan milik aku?

saat hati dan rasa mula bercampur aduk melahirkan amarah dan kecewa yang menggunung kaki ini mula patah semangatnya untuk melangkah seperti saat awal masuk tadi. udah kecewa sama kesal kerana tak bertemu juga dengan Mikhail..

mungkin bukan hari ini jodoh aku sama Mikhail.. mungkin juga aku sudah mencari nya di tempat yang salah, yang kurang tepat.

Arrrggghhhhh
mana mungkin pencinta seperti kamu patah semangat hanya kerana tidak ketemu Mikhail di para atas, di para bawah atau dimana2 para.
mana mungkin kekasih setia seperti kamu ini lemah langkahnya hanya kerana kakinya udah hilang semangat seperti awalan langkahan masuknya tadi
mana mungkin pemburu seperti kamu ini mengalah pada amarah dan kecewa dibisikkan sama hati?
layangan fikiran pada sanubari mula bermonolog..
yah!!! sudah.. cari lagi dirak-rak disana. barangkali Mikhail ada disana..

lalu mata ini sekali lagi melayangi menuruni tiap-tiap baris rak-rak itu harap-harap pencarian ini berhasil.

MIKHAIL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sudah!!!!!!!!! aku sudah bertemu sama dia.. dimana kamu saat mula2 aku mencari kamu tadi? sembunyi atau enggan bersama aku?
aahhh masakan kamu enggan Mikhail. kalau kamu enggan kamu tidak akan menjerit2 memanggil aku sperti tadi.
tidak perlu.
tidak perlu aku baca baris tulisan dibelakangnya kerana aku kenal si pemegang pena mata bulat itu, penulisnya Mikhail, RAMLEE AWANG MURSHID.

karya ini pasti segerun TOMBIROU, SEMANGAT HUTAN, RANGGAU.
MIKHAIL juga pasti membuai perasaan semacam CINTA SANG RATU, BAGAIKAN PUTERi dan HIJAB SANG PeNCINTA.
dan pasti MIKHAIL mengentar rasa seperti ADAM dan SATU JANJI.

usai sudah pencarian aku.. takpa pun meski aku bermandikan peluh berjalan berpayungkan langit dan bersuluhkan matahari kerana MIKHAIL sudah ada dalam pelukan erat ku.

Mikhail membisikkan suara gar diambil juga teman separa nya.. KETIKA CINTA BERTASBIH (VOL 2).
tanpa memikirkan apa2 tangan ini gagah merangkul buku itu lalu disematkan bersama2 MIKHAiL..

pasti malam ini tdurku lena bertemankan mikhail...