Monday, June 22, 2009

Darling....

rabu 17 june 2009 2pm
tarikh ini aku semat dlm2 hati aku,, tok tinggalkan aku juga. sehingga ke hari ni aku masih sukar menerima kenyataan yg tok dah meninggal. rasa baru semalam aku berbual2 dengan dia. kesuraman ada dimana2. di setiap pelusuk rumah ini masih diselubungi duka.
darling... itu panggilan aku pada dia. setiap kali aku melintasi kamar kelam itu seolah2 dia masih disana. berbaring minta untuk berbual. aku belum pernah khabarkan pada dia yang aku sayangkan dia. aku ingin sekali dia ada melihat perkahwinan aku. tapi Allah lebih sayngkan dia. hari itu kami melihat kebesaran kuasa Allah Yang Maha Agung. sesungguhnya janji-Nya yang satu itu pasti ditepati- maut dan ajal di tangan Dia.
hari ini dan hari2 seterusnya aku membawa sesuatu pada diri aku yang dia tinggalkan, panggilan manja aku yang dia berikan dan aku yakin seandainya tok masih ada dan sekiranya ditanya namaku dia pasti menjawab "hang combi!".
lemah kaki ini saat melihat dia dikapankan dan dikebumikan. serasa seakan yang tinggal cuma jasad aku, semangat aku hilang. hilang bersama dia.
aku sgt2 merindui dia, aku rindu berbual2 dengan dia. rindu mendengar omelan dia. rindu mendengar panggilan itu, rindu memanggil dia darling...
darling...tenanglah kau disana, yakinlah cinta aku masih untuk kamu...

Al-Fatihah...........

No comments: