Sunday, July 12, 2009

Memoir Seorang Guru....

Bismillahirrahmanirahim... Assalamualaikum..

tamat mengulit naskah Azizi Abdullah.. Memoir Seorang Guru. selesai membaca slps 3 hari..
buku ni aku beli thn lps di Pesta BUku PWTC. Tertarik dgn tajuknya. "memoir"--- Kenangan.

seorang Ustaz, bekas guru kerajaan pencen yang pernah mengajar di sekolah kerajaan yang kebykkannya terletak di pendalaman. dia punya anak gadis- Kamariah yang sedg menghitung hari untuk mhadiri temuduga guru. anehnya bapanya si ustaz tadi menghalang, membangkang permintaan dan keinginan anaknya si Kamariah untuk menjadi guru. Aneh! sebagai seorg bekas guru dan juga sbgi bapa harusnya dia menyokong cita-cita Kamariah yang terangan akan mewarisi kerjaya dan profession dia- guru.

knp? alasannya dia tidak mahu Kamariah hidup susah seperti dia. hidup dengn hasil wang gaji guru yg tidak berkat. Tidak Berkat? ya! tak berkat! dia sering merasa benci kepada pelajar2 nya. bertemu dgn Mat. anak pendalaman yg dtg kesekolah kerana disuruh Pak dan Maknya. bkn kerana dia ingin belajar. dia tidak ada cita2. ini yg menimbulkan kebencian Ustaz. fkr ustz kalau mat hlg, dunia x rugi apa2. kalau mat ada cuma menambahkn sampah shj. dahsatnya rasa benci guru kepada muridnya. bknkah seharusnya sayg kepad murid itu harus lebih besar dan lebih dahulu dtg dari benci? Ustaz bkn mahu jadi guru sebenarnya. dia cuma ingin kerja kerajaan. dengar2nya kerja kerajaan ini hebat. makan gaji, blh pakai kereta. malangnya Mat tak pnjg umur. dia mati atas ppokok pinang gara2 ingin mengambil anak pipit. nk dibela.

bertemu pula dengan Alias. Alias anak org miskin. kerana Alias Ustaz dapat parut di tgnnya. gara-gara digigit beruk alias. demi menyelamatkan gurunya alias nekad membunuh beruk yang membantu dia memanjat pokok kelapa tatkala dia dapat kerja panjat pokok kelapa. upahnya buat blnja rumah.

MIdun... murid lembap, mulutnya sumbing ckpnya sengau. disuruh membca tak mahu, disuruh mengeja bisu. bertambah benci ustaz pada dia. meski Midun buat baik ustaz tetap tidak memandangnya. alangkah bencinya ustaz pada Midun si mulut rabik. berkatkah ilmu yang diajar ustaz? berkat? tapi dia mengajar dengan benci.. dia mengajar dengan marah... dia mengajar tak ikhlas.... berkatkah?

Sakinah.. huh! kerna ego ustaz jadi salah faham. setiap hari meski sakinah di marah, di bentak dia tetap bljr dengan sungguh2. stp soalan tajwid dia pasti blh jawab. tapi knp ustaz membenci dia? mengaggap dia si sakinah itu sebal? oooooo sakinah itu juling. ustaz salah fhm. dia marah kerana bila dia jerit pada sakinah spy pndag papan hitam, sakinah pasti memndag keluar. ialah... mata dia kan juling. ustaz tahu akhirnya tp enggan mengaku silap.. ya! ego seorg guru... berkatkah ilmu diajar?

banyk lagi memoir ustaz spnjg 28thn dia mnjdi guru. usai membaca buku ini.. aku terfikir apakah aku bakal mendapat keberkatan menjadi guru? kdg2 masa yng sedikit yang aku curi untuk berehat sdgkan aku spttnya mngajar apakah masa itu berkat?
keberkatan.....

InsyaAllah....

NOTE: sedang membaca The Last Empress; Anchee Min.

3 comments:

kari ais said...

weh...bes ar ko nye buku tu
nak pinjam bleh?
bleh ar..

Mami Hadeef said...

salam.. shud, boleh amik pic tak cover depan buku tuh.. hajatnya nak beli jugak.. cam best je..

rafua mosa said...

utk anim... okk blh2 je. kalau nk pnjm pn leh gak tp kena tgu giliran.. huhuuhu