Sunday, May 3, 2009

pencarian tamat

crdted to KILI's BLOG. (THANX)


mikhail..

mana mikhail?
mana dia?
tidak aku lihat dia di sini.
disana pun dia tidak diam.
mungkin disitu adanya dia.
AHH
tidak.. dia tidak panggung disitu.

mungkin bukan hari ini pertemuan aku dengan Mikhail.
melereti sorotan mata ini dari satu para ke satu para..
membca bait-bait tulisan di tulangan kitab-kitab itu kalau2 mikhail ada diantaranya..
masih tidak ada di para atas, di para bawah mahupun dimana2 para sekalipun.

kecewa mulai bersarang dalam hati.
sesalan mula membukit di benak rasa..
perjalanan kesini benar-benar memenatkan..
berjalan berpayungkan langit bersuluhkan matahari bermandikan peluh..
apa memang takdirnya Mikhail bukan milik aku?

saat hati dan rasa mula bercampur aduk melahirkan amarah dan kecewa yang menggunung kaki ini mula patah semangatnya untuk melangkah seperti saat awal masuk tadi. udah kecewa sama kesal kerana tak bertemu juga dengan Mikhail..

mungkin bukan hari ini jodoh aku sama Mikhail.. mungkin juga aku sudah mencari nya di tempat yang salah, yang kurang tepat.

Arrrggghhhhh
mana mungkin pencinta seperti kamu patah semangat hanya kerana tidak ketemu Mikhail di para atas, di para bawah atau dimana2 para.
mana mungkin kekasih setia seperti kamu ini lemah langkahnya hanya kerana kakinya udah hilang semangat seperti awalan langkahan masuknya tadi
mana mungkin pemburu seperti kamu ini mengalah pada amarah dan kecewa dibisikkan sama hati?
layangan fikiran pada sanubari mula bermonolog..
yah!!! sudah.. cari lagi dirak-rak disana. barangkali Mikhail ada disana..

lalu mata ini sekali lagi melayangi menuruni tiap-tiap baris rak-rak itu harap-harap pencarian ini berhasil.

MIKHAIL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sudah!!!!!!!!! aku sudah bertemu sama dia.. dimana kamu saat mula2 aku mencari kamu tadi? sembunyi atau enggan bersama aku?
aahhh masakan kamu enggan Mikhail. kalau kamu enggan kamu tidak akan menjerit2 memanggil aku sperti tadi.
tidak perlu.
tidak perlu aku baca baris tulisan dibelakangnya kerana aku kenal si pemegang pena mata bulat itu, penulisnya Mikhail, RAMLEE AWANG MURSHID.

karya ini pasti segerun TOMBIROU, SEMANGAT HUTAN, RANGGAU.
MIKHAIL juga pasti membuai perasaan semacam CINTA SANG RATU, BAGAIKAN PUTERi dan HIJAB SANG PeNCINTA.
dan pasti MIKHAIL mengentar rasa seperti ADAM dan SATU JANJI.

usai sudah pencarian aku.. takpa pun meski aku bermandikan peluh berjalan berpayungkan langit dan bersuluhkan matahari kerana MIKHAIL sudah ada dalam pelukan erat ku.

Mikhail membisikkan suara gar diambil juga teman separa nya.. KETIKA CINTA BERTASBIH (VOL 2).
tanpa memikirkan apa2 tangan ini gagah merangkul buku itu lalu disematkan bersama2 MIKHAiL..

pasti malam ini tdurku lena bertemankan mikhail...


No comments: